SRITI KEPALA BATAS MERAYU ORANG RAMAI
MEMBANTU MENGUMPUL DANA PENGURUSAN SEKOLAH SEGERA!
"Bantu kami mendidik anak-anak dengan adab, dan akhlak berlandaskan Islam"
Kepala Batas - Sriti Kepala Batas mengalami kekurangan dana pengurusan yang semakin kritikal untuk melancarkan operasi pusat pengajian di bawahnya yang semakin mendapat permintaan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Berikutan itu, Sriti Kepala Batas merayu bantuan dan sumbangan dana bagi melancarkan semula operasi institusi dan mengelakkan memberi kesan kepada anak-anak murid yang mengikuti pembelajaran di sini.
Sriti semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa walaupun ditubuhkan tanpa bantuan kerajaan. Bahkan bilangan pelajar juga semakin bertambah saban tahun.
Justeru, tidak wajar sekiranya perjuangan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak bangsa ini dihentikan kerana masalah dana apabila orang ramai boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan memberi infak, wakaf dan juga bersedekah.
Kegunaan Dana :
- Menambah dan membuka cawangan baharu untuk memberi peluang kepada ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan di SRITI
- Menampun perbelanjaraan SRITI seperti elaun guru, dan yuran murid
- Menyediakan keperluan murid supaya mereka belajar dalam keadaan selesa
Tidak rugi sekiranya kita semua mengeluarkan sedikit harta dan berinfak serta bersedekah untuk perjuangan pendidikan anak-anak ini melalui SRITI Kepala Batas.
“Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat..." [Riwayat Muslim]
Ayuh ambil tindakan sekarang, kita menyumbang untuk membantu perjuangan pendidikan ummah! Semoga ganjaran pahala dan syurga buat kita. Insha-ALLAH.