
RAYUAN DANA PEMBANGUNAN
SRITI KEPALA BATAS
RM 1 JUTA RINGGIT DIPERLUKAN
Alhamdulillah, Pihak Pengurusan SRITI Kepala Batas mengambil tanggungjawab untuk mencari dana Pendidikan bagi meneruskan pembinaan, kelengkapan dan prasarana untuk kemudahan Sekolah bagi menambah ruangan Kelas, Dewan, Surau, Dewan Makan dan sebagainya untuk kemudahan para pelajar yang mendatang. Antara kempen awal yang sedang kita jalankan adalah untuk membantu salah satu Sriti di bawah seliaan SRITI Kepala Batas adalah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Fathul Arifin dan beberapa SRITI yang sedang dalam perancangan untuk dibangunkan.
Tahun ini sudah menjadi tahun ke tiga Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Fathul Arifin beropersi. Sriti ini dibawah pemantauan pentadbiran SRITI KEPALA BATAS. Bermula dari hanya 45 orang murid dan kakitangan, Sriti Terus mengorak langkah sehingga tahun ini mencecah 157 orang murid. Secara tidak langsung, ini menunjukkan minat masyarakat sekitar yang dahagakan ilmu agama selain kepercayaan pada pihak Pengurusan yang ada.
MasyaAllah,
hasil dari sumbangan orang ramai ketika ini, Sriti Fathul Arifin dapat
berkembang dan proses pendidikan dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Hari ini, Pihak Sriti Fathul Arifin merayu pada Para Dermawan semua, agar kita sama-sama membantu proses untuk mendirikan beberapa prasarana bagi melancarkan lagi pendidkan di sini. Dengan penambahan pelajar yang begitu mendadak, beberapa keperluan yang sangat kritikal harus dimulakan, antaranya sebuah kompleks dewan serbaguna, dewan belajar serta menaik taraf dewan makan yang pada ketika ini sudah tidak mampu lagi menampung bilangan pelajar.
Moga dengan
sumbangan yang disalurkan ini, para dermawan tergolong dikalangan mereka yang
Allah sifatkan seperti ayat berikut:
﴿
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ
أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬ۗ وَٱللَّهُ
يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١
Mafhumnya :-
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”
Anak-anak
di sini perlukan bantuan kita, mereka yang dahagakan ilmu ini mungkin akan
menjadi pendakwah dan asatizah yang diberkati suatu hari nanti. Mana tahu,
kerja dakwah mereka membuatkan pahala yang mengalir buat kita sentiasa
berterusan hasil sedekah jariah yang kita lakukan.
Ayuh bersama kami, kita hulurkan sesuatu demi kecemerlangan dunia pendidkan Islam kita.
PENGENALAN SRITI FATHUL ‘ARIFIN PULAU PINANG
• SRITI Fathul ‘Arifin (SFAR) merupakan sebuah sekolah yang didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. SRITI Fathul ‘Arifin ( SFAR) adalah Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) di Pulau Pinang sebagai pusat pengajian dan pendidikan. Fokus SFAR lebih kepada Pusat Pendidikan awal bermula umur 7 tahun berteraskan silibus Akademik (kssr), Tahfiz, Diniyyah (upkk), dan Kaffah (silibus SRITI). Oleh yang demikian, operasi SRITI tidak berpaksikan perniagaan, akan tetapi sebagai tanggungjawab kepada Agama dan Masyarakat.
• No. Pendaftaran JHEAIPP : P.P./KB/S/R/001 • Kategori Sekolah : Sekolah Rendah Agama Rakyat • Nama Sekolah : SRITI FATHUL ‘ARIFIN • Alamat Sekolah : PMT 1267 Rantau Panjang, 13100 Penaga, Pulau Pinang. •
SEJARAH SEKOLAH
• SRITI Fathul ‘Arifin dibangunkan pada 30 Oktober 2018. Bertempat di Rantau Panjang , Penaga, Pulau Pinang.
• Bermula dengan 39 orang murid pada tahun pertama (2019), dan seterusnya seramai 92 murid pada tahun 2020.
• Pembangunan yang dibangunkan oleh Pengerusi SRITI Fathul ‘Arifin, Tn Hj Md Sobhi Bin Omar. Sehingga kini guru dan staf seramai 18 orang termasuk tukang masak. Bernaung dibawah Dewan Pemuda Pas Malaysia serta berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
• Silibus pembelajaran berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah, mengcakupi KSSR, Diniyyah, Tahfiz dan Kaffah (Silibus SRITI).
• Guru yang mempunyai kelulusan Tahfiz, Diploma dan Ijazah.
• Sehingga kini, dapat menampung sembilan kelas sahaja, dan akan dibangunkan banggunan kedua bagi menampung pelajar Tahap 2.
Jika ada sebarang Pertanyaan boleh lah menghubungi para asatizah berikut:
1. US azam bin Abdullah
0133091615
Penasihat SRITI KEPALA BATAS
2. Us Amarul Faizal
0184628213
Pengurusi SRITI KEPALA BATAS